Ringgit dilabel “Asia’s Worst Currency”

Ringgit dilabel “Asia’s Worst Currency”

17/04/2019 11:34 AM 0 By admin

Menurut laporan Bloomberg, hari ini, pelaburan asing sebanyak US$8 bilion (RM 34 bilion) akan ditarik balik dari Malaysia sekiranya ia dikeluarkan daripada indeks global FTSE Russell selepas bon diturunkan penarafan.

Ia turut melibatkan dana US$1.9 bilion (RM8 bilion) dari Tabung negara Norway yang juga mengumumkan akan keluar dari bon Malaysia.

Ini bermakna dana pelaburan asing sebanyak RM42 bilion akan terus mengalir keluar.

Kira-kira 10 tahun kedua-dua FTSE, Russell dan Norway memberi kepercayaan kepada Malaysia.

Namun kini kedua-duanya menarik diri dan ia merupakan suatu yang mengejutkan.

Ekoran itu, ia akan meningkatkan tekanan ke atas ekonomi negara dan matawang Ringgit sekali gus dilabel sebagai “Asia’s Worst Currency” pada bulan ini.