Selepas 27 Tahun, Pelakon Siri TV Friends Masih Terima Bayaran Royalti RM80 Juta Setahun

Selepas 27 Tahun, Pelakon Siri TV Friends Masih Terima Bayaran Royalti RM80 Juta Setahun

05/06/2021 3:28 PM Off By staff

Beberapa hari lepas, Friends: The Reunion muncul buat kali pertama sejak 27 tahun yang lalu dengan menyatukan semua pelakon sitkom terkenal di atas satu pentas. Episod khas yang bermain selama 110 minit itu disebut The One Where They Get Back Together, diterbitkan oleh Warner Bros telah menjadi hit dikalangan peminat siri Tv tersebut di seluruh dunia.

Terdahulu, episod khas ini dijadualkan menemui penonton lebih awal, namun terpaksa ditunda selama setahun selepas berlakunya pandemik COVID-19 yang menyerang dunia sejak awal tahun lalu. Dan kini, ia dilancarkan pada 27 Mei lalu yang merupakan ulang tahun pertama HBO Max.null

Para pemain utama sitkom Friends, Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry, dan David Schwimmer, semuanya kembali untuk episod tersebut dan mengimbau kenangan membesar bersama selama 10 tahun. Selain mereka, tetamu undangan seperti David Beckham, Lady Gaga, Kit Harington, Reese Witherspoon, Malala Yousafzai, BTS, turut membuat kemunculan sebagai tetamu.

Episod khas Friends: The Reunion telah mengimbau kenangan dan emosi para peminat yang mendukung sitkom tersebut dari tahun 1994 sehinggalah kini. Namun dalam pada kehangatan penampilan khas mereka selepas 27 tahun, ada dakwaan bahawa ini adalah cara mudah HBO Max mahu mendapatkan pelanggan.

Bayaran Friends: The Reunion

Terdapat laporan menyatakan bahawa untuk episod Friends: The Reunion, para pelakon telah menerima sebanyak USD$ 2.5 juta (RM10 juta). Manakala laporan lain pula menyebut bahawa mereka ditawarkan sebanyak USD$ 1 juta (RM4 juta) seorang untuk kembali dalam episod khas tersebut, namun ditolak oleh mereka.

Untuk rekod, USD$ 1 juta (RM4 juta) yang ditolak oleh mereka adalah bayaran yang diterima oleh setiap pelakon utama pada Musim 9 dan 10. Bayaran asal yang diterima oleh para pelakon pada musim pertama adalah USD$ 22,500 (RM90,000) seorang. Namun pada Musim 9 dan 10, berlakunya rundingan di antara para pelakon dengan penerbit di mana mereka telah meminta untuk kenaikan bayaran.

Bagaimanapun, sejak hubungan Ross dan Rachel menjadi tumpuan peminat. Aniston dan Schwimmer dilaporkan telah menerima kenaikan bayaran dengan hampir USD$ 40,000 (RM164,000) untuk setiap episod. Untuk Musim 3, kesemua pelakon bersatu dengan meminta bayaran sama rata dan pihak penerbit bersetuju untuk membayar setiap pelakon utama sebanyak USD$ 75,000 (RM308,000) bagi setiap episod.

Pada tahun 2002, di Musim 9 dan 10, bayaran para pelakon Friends terus meningkat disebabkan populariti yang diraih siri Tv tersebut. Difahamkan setiap seorang daripada mereka menerima bayaran sebanyak USD$ 1 juta (RM4 juta) setiap seorang. Ini menjadikan Lisa Kudrow, Courteney Cox dan Jennifer Aniston sebagai wanita dengan gaji tertinggi untuk siri Tv pada masa itu.

Dan sejak siri Tv ini tamat pada 27 tahun yang lalu, enam pelakon utama Friends difahamkan masih menerima royalti sebanyak 2% dari keuntungan siri tersebut. Setiap tahun mereka dibayar sebanyak USD$ 20 juta (RM80 juta) dari siri itu sahaja sementara Warner Bros, selaku penerbit pula berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD$ 1 bilion (RM4 bilion) setiap tahun.

Must See TV: An All-Star Tribute to James Burrows – Season 2016

Untuk rekod, episod akhir Friends yang ditayangkan pada 6 Mei 2004 telah ditonton oleh 52.5 juta orang. Ini menjadikannya sebagai siri Tv kelima paling banyak tontonan. Friends juga merekodkan siri Tv paling banyak ditonton di Netflix pada tahun 2018.

Barisan pelakon Friends terima RM10.4 juta untuk kembali dalam satu program khas.