Seramai 2000 penduduk Parlimen Indera Mahkota sudah terima bantuan makanan

Seramai 2000 penduduk Parlimen Indera Mahkota sudah terima bantuan makanan

14/07/2021 5:04 AM 0 By Miss Kay

Oleh Miss U

KUANTAN, 13 JULAI : Sebanyak 2,000 daripada 6,000 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk dalam Parlimen Indera Mahkota tanpa membezakan fahaman politik dan latar belakang kaum.

Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya menyasarkan bakul makanan berisi barang makanan asas, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman yang mula diagihkan pada minggu lepas, dijangka berakhir minggu ini.

Hal ini katanya bagi memastikan bantuan tersebut segera sampai ke tangan pihak yang memerlukan kerana golongan ini adalah yang terjejas keperluan mereka di musim Pandemik Cob!!d19

” Bakul makanan itu merupakan peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM300,000 yang dimumkan Perdana Menteri untuk diagihkan kepada penduduk memerlukan, baru-baru ini. Manakala pelitup muka dan cecair pembasmi kuman adalah daripada Pejabat Parlimen Indera Mahkota.

“Senarai nama penduduk adalah mengikut senarai yang diberikan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK), Petubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pejabat Adun. Selain itu, sebanyak 500 bakul makanan daripada parti Bersatu turut diagihkan.

“Bagaimanapun kita mendapati ada senarai permohonan NGO yang bukan dalam kawasan tetapi di atas dasar keperluan dan keprihatinan sesama insan. Kita membantu mereka kerana mereka ini tercicir tanpa mengira latar belakang kaum dan fahaman polik serta warna kulit. Sekarang rakyat berdepan kesukaran. Mereka wajar dibantu segera.

“Bagi penduduk yang ingin mendapatkan bantuan makanan secara terus, boleh ke Pejabat Parlimen Indera Mahkota menerusi Gerobok Asnaf,” katanya dalam sidang media secara maya selepas Perasmian Bengkel Usahawan Pahang Program Pengupayaan Digital, baru baru ini.

Katanya, usahawan yang memerlukan bantuan latihan dan kemahiran dalam bidang perniagaan secara e-dagang diminta memanfaatkan 807 Pusat Internet Komuniti (PIK) yang berada di seluruh negara.

Tumpuan diberikan kepada usahawan yang baharu migrasi ke alam digital berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.

Tambahan pula, 40 PIK telah terpilih berada di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK).

Sidang media diadakan secara maya oleh Datuk Saifuddin

“Pengurus di setiap PIK yang mahir dalam bidang pendigitalan akan memberikan panduan secara percuma kepada mereka.

“Selain itu, terdapat juga latihan dan kemahiran diberikan oleh agensi berkaitan seperti MyNIC secara bersemuka atau secara maya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sejumlah 30 ahli Kelab Perkhemahan Pendakian dan Pengembaraan Pahang, (KCHAT Club) menerima bantuan bakul makanan Pejabat Parlimen Indera Mahkota yang disampaikan menerusi Presidennya, Wan Fariduddin Wan Ibrahim di sekitar Kuantan, semalam.

Mereka terdiri kalangan ahli yang bekerja sebagai pemandu pelancong bandar, pemandu pelancong alam semulajadi, warga emas dan peniaga butik pengantin di Kompleks Teruntum di sini.

Wan Fariduddin berkata, pihak kelab sentiasa bekerjasama dengan mana mana institusi swasta mahupun kerajaan serta ahlinya dalam usaha membantu pihak pihak yang keciciran dalam menerima sumbangan.

“Kali ini kita mendapat bantuan Ahli Parlimen Indera Mahkota meneruri IMFutures untuk membantu 30 ahli KCHAT Club. Sebelum itu kita mendapat bantuan daripada NGO Makmur Releif.

“Ada kalangan kawan-kawan kita, ahli, dan masyarakat memerlukan bantuan tetapi mereka tidak tahu ke mana arah tuju dan malu untuk mengambil makanan di Foodbank kerana bimbang dikatakan mengambil kesempatan sedangkan mereka terpaksa menanggung beban hutang. Menerusi kelab mereka mengadu dan pihak Ahli Jawatankuasa rasa bertanggungjawab untuk membantu.

“Kami menjadi pemudahcara kepada ahli dengan cara mengumpulkan nama-nama mereka dan merujuk kepada pihak yang boleh memberikan sumbangan baik dalam bentuk Foodbox, bentuk pekerjaan mahupun kewangan.

“Sebelum ini KCHAT turut bekerjasama dengan Kelab Media Pahang (KMP) dan NGO Makmur Releif dalam merealisasikan program serahan foodbox kepada ahlinya selaku sukarelawan. Setakat ini KCHAT telah menyalurkan bantuan Foodbox kepada 54 individu terdiri kalangan ahli, ahli bersekutu dan bukan ahli, iaitu warga emas yang tercicir dalam kawasan tertentu,” katanya.

Beliau mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota, dan IM Future dan NGO Makmur Releif yang sudi bekerjasama dengan KCHAT Club.

Hadir sama, Setiausaha kelab, Nor Khalilah Gusti Hassan dan Urusetia, Mohd Amirizuan Ahmad.

Salah seorang ahli KCHAT yang kehilangan pekerjaan semenjak PKP.