Surah al-Mulk Rumi & Maksudnya

Surah al-Mulk Rumi & Maksudnya

23/08/2021 2:45 AM 0 By staff

Ini adalah panduan Surah al-Mulk rumi (transliterasi)

Anda akan dibimbing secara lengkap bacaan surah ini secara ayat demi ayat. Bantuan audio juga disediakan.

Semoga membantu..

Pengenalan

Surah al-Mulk merupakan surah ke-67 dalam al-Quran.

Ia terdiri daripada 30 ayat, termasuk golongan surah-surah makkiyyah, diturunkan selepas Surah ath-Thur.

Nama al-Mulk diambil dari perkataan “al-Mulk” yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang ertinya kerajaan atau kekuasaan.

Dinamakan pula surah ini dengan Tabaarak yang bermaksud Maha Suci

Ia adalah surah yang membawa keamanan dan keselamatan kerana ia akan melindungi kita dari seksa kubur sekiranya diamalkan setiap kali sebelum tidur.

Bacaan Surah Al-Mulk Rumi (Transliterasi)

1.

surah al-mulk rumi

tabārakallażī biyadihil-mulku wa huwa ‘alā kulli syai’in qadīr

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;


2.

surah al-mulk rumi

allażī khalaqal-mauta wal-ḥayāta liyabluwakum ayyukum aḥsanu ‘amalā, wa huwal-‘azīzul-gafūr

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);


3.

surah al-mulk rumi

allażī khalaqa sab‘a samāwātin ṭibāqā, mā tarā fī khalqir-raḥmāni min tafāwut, farji‘il-baṣara hal tarā min fuṭūr

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?


4.

ṡummarji‘il-baṣara karrataini yanqalib ilaikal-baṣaru khāsi’aw wa huwa ḥasīr

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).


5.

wa laqad zayyannas-samā’ad-dun-yā bimaṣābīḥa wa ja‘alnāhā rujūmal lisy-syayāṭīni wa a‘tadnā lahum ‘ażābas-sa‘īr

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.


6.

wa lillażīna kafarū birabbihim ‘ażābu jahannam, wa bi’sal-maṣīr

Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.


7.

iżā ulqū fīhā sami‘ū lahā syahīqaw wa hiya tafūr

Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.


8.

takādu tamayyazu minal-gaīẓ, kullamā ulqiya fīhā faujun sa’alahum khazanatuhā alam ya’tikum nażīr

Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”


9.

qālū balā qad jā’anā nażīrun fa każżabnā wa qulnā mā nazzalallāhu min syai’in in antum illā fī ḍalālin kabīr

Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! “


10.

wa qālū lau kunnā nasma‘u au na‘qilu mā kunnā fī aṣḥābis-sa‘īr

Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.


11.

fa‘tarafū biżambihim, fa suḥqal li’aṣḥābis-sa‘īr

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.


12.

innallażīna yakhsyauna rabbahum bil-gaibi lahum magfiratuw wa ajrun kabīr

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.


13.

wa asirrū qaulakum awijharū bih, innahū ‘alīmum biżātiṣ-ṣudūr

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.


14.

alā ya‘lamu man khalaq, wa huwal-laṭīful-khabīr

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!


15.

huwallażī ja‘ala lakumul-arḍa żalūlan famsyū fī manākibihā wa kulū mir rizqih, wa ilaihin-nusyūr

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).


16.

a’amintum man fis-samā’i ay yakhsifa bikumul-arḍa fa iżā hiya tamūr

Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?


17.

am amintum man fis-samā’i ay yursila ‘alaikum ḥāṣibā, fa sata‘lamūna kaifa nażīr

Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?


18.

wa laqad każżaballażīna min qablihim fa kaifa kāna nakīr

Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.


19.

awalam yarau ilaṭ-ṭairi fauqahum ṣāffātiw wa yaqbiḍn, mā yumsikuhunna illar-raḥmān, innahū bikulli syai’im baṣīr

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


20.

am man hāżallażī huwa jundul lakum yanṣurukum min dūnir-raḥmān, inil-kāfirūna illā fī gurūr

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.


21.

am man hāżallażī yarzuqukum in amsaka rizqah, bal lajjū fī ‘utuwwiw wa nufūr

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).


22.

afamay yamsyī mukibban ‘alā wajhihī ahdā am may yamsyī sawiyyan ‘alā ṣirāṭim mustaqīm

Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?


23.

qul huwallażī ansya’akum wa ja‘ala lakumus-sam‘a wal-abṣāra wal-af’idah, qalīlam mā tasykurūn

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.


24.

Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Mulk

Apakah kelebihan mengamalkan al-Mulk?

Antara kelebihan mengamalkan surah ini adalah:

1.Selamat Dari Azab Kubur

Kelebihan yang pertama adalah pembaca akan terhindar dari azab kubur. Ini boleh dilihat di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”


2.Mudah Masuk Syurga

Selain dari melindungi pembaca dari terkena seksa azab kubur, surah ini juga akan membantu kita untuk memasuki syurga.

Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.

3.Pembaca Akan Dikeluarkan Dari Neraka Dan Dimasukkan Ke Dalam Syurga

Ini juga merupakan satu kelebihan yang tidak diketahui oleh ramai umat Islam.

Sekiranya anda mengamalkan surah ini, anda akan dimasukkan ke dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda:

Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”


4.Salah Satu Sunnah Nabi Muhammad SAW

Kita diajar untuk sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW.

Sekiranya anda membaca surah ini sebelum tidur, anda sudah mengikuti sunnah Baginda.

Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan Surah Al Mulk”


5.Menjadi Peguamcara Semasa Soal Jawab Dengan Munkar Nakir

Jika kita selalu mengamalkan surah ini pada waktu malam, maka ia akan menjadi penguam cara apabila ia sudah waktu soal jawab dengan Munkar Nakir.

Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.


6.Dicerahkan Wajah Pada Hari Kiamat

Jika anda selalu membaca surah ini dalam kehidupan seharian anda, maka Allah akan mencerahkan wajah anda seperti Nabi Yusuf pada hari kiamat.

Ini boleh lihat di mana Saiyidina ‘Ali berkata:

Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”


7.Diampunkan Dosa

Selain dari memberi pahala apabila kita membaca surah ini, Allah SWT juga akan mengampunkan segala dosa mereka yang sentiasa mengamalkan membaca sehingga akhir surah.

Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan

8.Hati Beriman

Rasulullah SAW juga berkata bahawa hati kita akan beriman sekiranya kita mempelajari dan membaca surah ini dengan penuh istiqamah.

Baginda bersabda: 

“Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.”

“Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”


9.Disayangi Dan Dikasihi Oleh Orang Sekeliling

Kita juga akan berasa disayangi dan dikasihi oleh orang di sekililing kita jika kita selalu mengamalkan surah mulia ini. Ia boleh dilihat di mana Ulama berkata:

Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”


10.Melindungi Kita Dari Seksa

Apabila malaikat Munkar dan Nakir datang untuk soal kita, manusia akan pengsan apabila melihat wajah mailaikat azab. 

Tetapi bagi mereka yang mengamalkan Surah Al-Mulk, ia akan menjadi penghalang daripada diseksa.

Ini boleh dilihat di mana:

Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.

— Hadith Riwayat Al-Tirmidzi: 2890