Taman tema Cameron Highlands hanya cadangan, tiada kertas kerja dibentang kepada Kerajaan Negeri lagi – Mohd Sharkar

10/08/2021 9:22 AM 0 By Miss Kay

OLEH IBRAHIM SALLEH

KUANTAN: Cadangan projek pelancongan berasaskan taman tema di tanah tinggi Cameron Highlands tidak ada keperluan dan menafaat untuk direalisasikan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin cadangan projek “Escape Cameron Highlands” yang berkonsepkan taman tema(theme park) seperti yang di gembar gemburkan dalam media belum pun diterima oleh pihak Kerajaan Negeri dalam apa bentuk pun, termasuk kertas cadangan.

Beliau berkata sebaliknya dia menerima pelbagai kritikan dari pelbagai pihak, individu dan organisasi bukan kerajaan (NGO) tentang kesan negatif kepada alam sekitar di kawasan Cameron Highlands jika projek dilaksanakan.

Mohd Sharkar berkata begitu juga dengan peluang pelancongan lain di tempat itu akan turut terjejas apabila tumpuan pelancong sudah teralih.

“Bagaimanapun pihak Kerajaan Negeri Pahang tidak pun menerima sebarang bentuk kertas cadangan atau surat permohanan daripada pihak pemaju projek tersebut.

“Namun oleh kerana berita nya tersebar dalam media maka orang ramai jadi tahu dan membuat tanggapan bahawa kerajaan negeri tidak peka dengan kesan kepada alam sekitar di Cameron Highlands,” kata nya

Mohd Sharkar berkata sekiranya kertas cadangan projek itu di terima pun tidak semesti ianya di luluskan kerana ia akan melibatkan banyak proses termasuk kajian impak alam sekitar.

“Tambahan lagi, konsep taman tema seumpama itu telah pun banyak di negara ini dan di Pahang sudah ada dua taman tema iaitu di Genting Highlands dan di Gambang.

“Buat masa sekarang dah memadai dengan ke dua dua tu. Apatah lagi Cameron Highlands pun sudah mempunyai daya tarikan pelancongan yang menarik tersendiri sehingga kehadiran pelancong sudah melebihi had dan keupayaan ia menerima kunjungan dari luar.

” Seandainya taman tema itu di bina dan kemudian nya beroperasi maka kehadiran pelancong akan menjadi bertambah ramai, jumlah trafik bertambah sesak sedangkan selama ini pun kawasan nya sudah padat dengan kehadiran manusia dan kederaan terutama di hujung minggu sebelum ada nya pendemik Covid 19.

Mohd Sharkar berkata Cameron Highlands ada lah kawasan sensitif terhadap alam sekitar dan apa bentuk pembangunan tambahan akan memberi kesan negatif pada keseluruhannya.

Tamat