TMJ berminat taja Hafizh Syahrin

TMJ berminat taja Hafizh Syahrin

07/06/2021 3:26 PM Off By staff

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui berminat untuk menaja pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Perkara itu disuarakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan ketika sesi soal jawab menerusi akaun Instagram miliknya, semalam.null

Seorang pengikutnya mengajukan soalan: “Tuanku tidak berminat ke untuk sponser (taja) Hafizh Syahrin?”

Tunku Ismail kemudiannya menjawab secara ringkas: “Saya berminat.”

Hafizh, 27, ketika ini beraksi bersama pasukan NTS RW Racing GP dalam saingan Moto2.

Ahad lalu, pelumba berasal dari Selangor itu merekodkan pencapaian terbaiknya musim ini apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan dalam saingan Grand Prix (GP) Itali biarpun bermula di petak ke-20.

Ketika ini, dia berada di tempat ke-21 dalam kedudukan pelumba dengan mengumpul lapan mata.Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

SUMBER : BERITA HARIAN