Top 12 – Proton Satria dan Satria Neo yang ‘rare’ dan unik!

28/09/2021 4:11 PM 0 By staff

Kalau sebut model Proton mana yang sporty, pasti nama Satria dan Satria Neo akan keluar dari mulut anda. Dilancarkan pada tahun 1994, Proton Satria adalah cubaan hatchback pertama dari Proton untuk menarik minat golongan muda dan ternyata ianya berjaya.

Kalau sebut model Proton mana yang sporty, pasti nama Satria dan Satria Neo akan keluar dari mulut anda. Dilancarkan pada tahun 1994, Proton Satria adalah cubaan hatchback pertama dari Proton untuk menarik minat golongan muda dan ternyata ianya berjaya.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 02

Ini lebih ketara dengan model Proton Satria Neo yang dilancarkan pada tahun 2006. Sekali imbas, anda pasti tak percaya yang ini adalah rekaan anak tempatan kerana reka bentuknya amat hensem sekali.

Ini bukan model yang paling ‘ultimate’!

Dalam rencana kami kali ini pula, penulis ingin memberi fokus khusus kepada model Satria dan Satria Neo yang ‘rare’ dan unik, bermula dari nombor 12 sehinggalah Satria yang kami rasa paling ‘ultimate’.

12. Proton Satria Gemilang

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 04

Proton Satria Gemilang direka khas untuk perarakan perayaan Merdeka tahun 2007. Dari depan dan belakang anda boleh lihat fascia Proton Satria Neo, namun disebalik semua itu sebenarnya adalah casis Proton Chancellor (Proton Waja versi eksekutif).

Paaaaaaaaaaaaaaanjang! Imej dari Kami Bangsa Johor.

Malah jika anda lihat dashboard dan bahagian interior semuanya sama seperti Waja. Satria Gemilang ini dikuasakan oleh enjin 2.0 V6 dari Proton Perdana yang menghasilkan 148 PS dan 179 Nm tork.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 06
Nampak papan pemuka Waja? Imej from Harian Daily.

11. Proton Satria Special Edition (SE)

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 07
Imej dari Jay Soh.

Pada tahun 2004, Proton Satria Special Edition (SE) dilancarkan. Ini merupakan varian khas terakhir sebelum model ini digantikan dengan Proton Satria Neo.

Terdapat tiga varian ditawarkan iaitu 1.3 GL manual, 1.5 GL manual dan 1.5 GL automatik. Hanya sistem ekzos telah ditala semula, memberikan penambahan kuasa sebanyak 4% bagi varian 1.5 GL.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 08
Imej dari Jay Soh.

Sebilangan besar perubahan pada model ini adalah kosmetik yang merangkumi kit badan sports, selongsong dalaman lampu depan yang dicat hitam, penambahan penutup enjin, ‘headrest’ ala kereta lumba untuk tempat duduk depan, grafik meter Special Edition, kemasan gunmetal untuk kluster tengah di papan pemuka, pedal aluminium, dan konsol gear berwarna kuning.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 09
Imej dari Jay Soh.

Selain itu, suspensi Satria Special Edition ini telah direndahkan daripada model standard, dan ia dilengkapi dengan tayar berprofil rendah dengan rim aloi berukuran 16 inci. Hanya dua warna sahaja yang ditawarkan iaitu Dandelion Yellow dan Black Panther.

10. Proton Satria Cabriolet

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 10
Buat santai di tepi laut best gak ni…

Pada tahun 1997, Proton membuat penampilan di Frankfurt Motor Show dan memperkenalkan Satria Cabriolet pada dunia untuk mengumpul minat ramai bagi produksinya.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 11
Imej dari All Car Index.

Satria Cabriolet berwarna ungu tersebut ditayangkan dengan ruang dalaman berwarna kuning air, dipadankan pula dengan rim aloi yang unik serta konfigurasi pemanduan sebelah kanan.

Mereka melakukannya walaupun Jerman mempunyai pasaran pemanduan sebelah kiri dan Satria dijual di sana dan pasaran sama yang lain seperti Proton 300 Series.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 12
Comey lote.

Berdasarkan siaran akhbar yang ditemui melalui laman Facebook UK Spec Proton, ia dibangunkan bersama oleh Proton dan pakar ‘drop-top’ misteri dari California. Satria Cabriolet ini tampak seperti ia sedia untuk produksi.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 13

Tapi, projek tersebut dibatalkan sepenuhnya disebabkan oleh Krisis Kewangan Asia 1997 yang juga melanda Malaysia.

Jualan yang teruk di Eropah juga menyebabkan Proton nekad untuk meninggalkan kebanyakan pasaran Eropah sebelum menjelangnya tahun 2001.

9. Proton Satria Neo R3

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 14

Setelah keluarnya Proton Satria Neo pada tahun 2006, ramai yang tertanya samaada Proton akan mengeluarkan versi GTI ataupun R3 yang lebih berprestasi.

Dua tahun selepas itu, akhirnya Proton Satria Neo R3 tiba, terhad kepada 10 unit sahaja dan datang dengan warna trademark Incognito Black.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 15

Tidak seperti Satria R3 1.8 2004, Satria Neo R3 ini kurang ‘hardcore’ kerana tiada talaan menyeluruh dibuat kepada casisnya.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 16

R3 telah menukar kabel palam pencucuh ke saiz 8 mm, memasang sistem ekzos yang diselaraskan R3 dan menala ECU asal Campro 1.6 (bukan IAFM, CPS, dan VIM). Semua ini meningkatkan kuasa sehingga 135 PS pada 6,100 rpm dan tork hingga 164 Nm pada 4,200 rpm.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 17

Luaran eksterior diberi sentuhan penuh kit badan oleh R3 dengan rupa yang lebih agresif. Rim asal juga telah digantikkan dengan rim Advanti SG15 berukuran 17×7, dibalut dengan tayar Bridgestone Potenza RE001 Adrenalin bersaiz 205/40R17.

Cakera breknya juga ditukar ke jenis berjalur (slotted) dan dipadankan dengan brek pad prestasi Mintex M1144.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 18

Pada bahagian interior pula, R3 menukar tempat duduk hadapan dengan sepasang Recaro SR4, tombol gear R3, karpet lantai R3, bosskit R3, stereng Momo Tuner, dan kemasan hitam & merah.

8. Proton Satria Neo S2000 Edition Supercharged Concept

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 19
Kuning merelip! Imej dari Myva.

Selain warna kuning ala kereta rali S2000 buatan Mellors Elliot Motorsport, ada dua perkara yang spesel tentang Satria Neo S2000 Edition Supercharged Concept.

Pertama, anda boleh lihat kit badan yang direka oleh R3 merangkumi bampar depan dengan ‘splitter’ depan, bampar belakang dengan ‘diffuser’, skirting sisi, sayap belakang, dan ‘arch’ yang lebih lebar.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 20
Imej dari Myva.

Yang terakhir (dan paling menarik) adalah lambang supercharged pada kereta konsep ini. Enjin Campro CPS dengan supercharger ini dikatakan mempunyak tork puncak sebanyak 192 Nm @ 5,900 rpm.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 21
Imej dari Myva.

Sistem supercharger ini juga dikatakan akan menggunakan klac dan akan hanya berfungsi ada RPM tinggi supaya ianya tidak mengganggu kuasa di RPM rendah.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 22

Asalnya, Proton ingin mengeluarkan 300 unit terhad untuk pasaran awam, namun pelan itu tidak terjadi.

7. Proton Satria Neo R3 Turbo Concept

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 23

Selalunya Proton lebih cenderung untuk menggunakan supercharger untuk hatchback cilik ini, tetapi pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010, R3 membuat kejutan dengan Proton Satria Neo R3 Turbo Concept.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 24
Imej dari Autostalker.

Untuk penggunaan turbo pula, R3 telah ‘go all out’ dengan menukar piston ke jenis ‘forged’‘conrod’ besi, ‘camshaft’ berprestasi, kepala engine ‘ported’, sistem ekzos 4-2 tahap 3, kotak udara karbon, dan ECU R3. Hasilnya? 200 PS dan 200 Nm, dipadankan dengan transmisi ratio pendek R3.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 25
Imej dari Autostalker.

Sama seperti Satria Neo R3 Lotus Racing, ia menggunakan brek AP Racing 4 pot dengan cakera ‘floating’ 295mm dan brek pad berprestasi.

Bukan itu saja, sistem suspensi juga datang daripada jenama Ohlins. Kereta konsep ini menggunakan rim R3 M7510 berukuran 15×7 dan tayar Bridgestone Potenza RE55SS ‘semi slick’ berukuran 195/50R15.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 26
Imej dari Autostalker.

Dari segi eksterior pula, bonet gentian karbon, kit badan dan tambahan yang lain serupa dengan Lotus Racing Neo RM115,000 edisi terhad, dengan bumper depan / belakang bawah berwarna gangsa.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 27

Di dalam kabin yang penuh dengan kemasan Nappa dan Alcantara, ada tempat duduk Recaro dengan tali pinggang Sparco, roda Sparco R323 dengan ‘spacer’ 60 mm dan ‘rollcage’ separuh 4 poin berwarna kuning.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 28

Konsol gear (tombol gear pun aluminium) dan kad pintu juga berwarna kuning. Sistem infotainmentnya pula menggunakan skrin sesentuh 2-DIN dengan GPS dan ada panel digital ala kereta lumba menggantikan kluster meter yang asal.

6. Proton Satria Neo Group N Cusco Rally Car

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 29

Pada tahun 2011, Proton dan syarikat penalaan terkenal di Jepun Cusco bekerjasama bagi mengeluarkan Proton Satria Neo rali yang akan dijual di pasaran domestik Jepun. Ini merupakan detik bersejarah kerana ini adalah kali pertama model Proton dijual di negara matahari terbit itu.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 30

Kereta rali Proton Satria Neo Group N dibangunkan dan bakal dijual oleh Cusco khusus untuk pelumba Kejohanan Rali Junior di Jepun dan Asia Pasifik. Proton Satria Neo Group N dibina berdasarkan kereta jalanan standard biasa yang boleh dibeli dari bilik pameran dan kemudian dihomologasi mengikut spesifikasi FIA untuk kegunaan pertandingan.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 31

Kerjasama teknikal antara Cusco dan Proton adalah hasil dari prestasi dan potensi Satria Neo S2000 seperti yang boleh dilihat dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dan Intercontinental Rally Challenge (IRC).

Loading video

Group N adalah kategori produksi yang memerlukan pasukan yang bertanding mengekalkan geometri dan cagak asal sistem suspensi kereta mereka sama seperti model yang dijual dalam pasaran. Bukan itu saja, FIA turut mensyaratkan kereta tersebut perlu menggunakan enjin asal.

Jadi boleh dikatakan enjin Campro S4PH 1.6L pada Satria Neo sama dengan model standard, dan ia cuma ditala semula menerusi pemadanan kotak komputer perlumbaan.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 32

Selain itu, Satria Neo ini menerima kelengkapan khas untuk tujuan rali seperti rollcage penuh, pemadam api, komputer trip, tempat duduk perlumbaan Bride, tali pinggang keledar perlumbaan Takata, roda stereng tiga jejari Sabelt/Nardi, dan macam-macam lagi.

Semestinya, ia turut diberikan peralatan prestasi dari Cusco seperti LSD dan suspensi boleh laras.

Loading video

5. Proton Satria GTi

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 33
Lejen!

Diperkenalkan pada tahun 1998 selepas pemerolehan 80% kepentingan dalam Lotus pada bulan Oktober 1996, Proton Satria GTI menggabungkan kemahiran teknikal dan input pembuat kereta British tersebut.

Hasilnya, Lotus telah menambah ‘stabiliser bar’ di depan dan belakang serta brek yang lebih besar.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 34

Perubahan terbesar yang menjadikannya ikonik adalah reka bentuk eksterior yang lebih aerodinamik. Bahagian depannya menggabungkan gril, bampar dan airdam, digabungkan dengan slot penyejukan brek di samping lampu kabus kecil.

Penampilan agresif ini dilengkapi kit ‘overfender’ dengan rivet yang terdedah, ditambah pula dengan trim hitam di sisi yang datang dengan skrip ‘GTi 16V’ krom.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 35

Di bahagian belakang pula, penampilan sporty bersambung Satria GTi dengan reka bentuk tip ekzos berganda berbentuk petak yang unik, bersama dengan spoiler bumbung yang lebih besar. Juga dipasang sebagai standard adalah roda aloi 16 inci 6-bilah.

Memang Proton suka memakai tempat duduk jenama Recaro pada model prestasi atau sporty mereka, dan Satria GTi ini tidak terkecuali.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 36

Bezanya ialah ia tidak datang dengan stereng dan tombol gear Momo, sebaliknya Proton menggantikan tombol gearnya kepada brushed aluminium, dan stereng 4-bilah.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 37

Sama seperti Proton Putra dan Proton Wira 1.8 EXi LE, Satria GTi datang dengan enjin 1.8 liter 4G93P 4-silinder aspirasi natural dengan 140 PS @ 6,000 rpm dan tork 167 Nm @ 6,000 rpm.

Dengan berat 1,115 kg, ia mengambil masa 8.5 saat dari 0-100 km/j, dan mencapai tahap kelajuan maksima 210 km/j.

Loading video

4. Proton Satria R3 1.8

Ini adalah produk kereta ditala lengkap (complete tuned up car) beserta waranti yang ditawarkan buat pertama kali oleh R3. Terhad kepada 150 unit sahaja, Proton Satria R3 1.8 ini telah melalui proses yang menyeluruh untuk mengukuhkan casis dan dinamik pemanduan sama seperti kereta lumba.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 39

Pertama sekali, casis nya telah dikuatkan dengan mengunakan teknik kimpalan sirat berganda (double stitch welded) bagi menguatkan struktur dan mengurangkan tahap lentur (body flex) ke jumlah yang minima.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 40

Apa-apa yang tidak perlu dan menambah berat eperti beg udara, sistem brek anti-kunci (ABS) dan penebat bunyi telah dibuang atau digantikan dengan komponen yang lebih ringan. Hasilnya, berat Satria R3 ini cuma 995 kg sahaja.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 41

R3 kemudiannya memasang strut bar di depan dan belakang, menaik taraf sistem gantungan, menukar cakera brek ke saiz besar & pad yang lebih kuat, dan menukar keseluruhan sistem ekzos.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 42

Enjin 1.8 liter empat-silinder 4G93P (sama dengan GTI) kini menghasilkan kuasa sebanyak 140 PS dan 168 Nm tork. Selanjutnya, anda boleh baca artikel menyeluruh tentang Satria R3.

3. Proton Satria Neo R3 Clubsport

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 43

Jika anda kaki tegar trek dan inginkan Satria Neo yang direka khusus untuk berlumba, R3 pernah menawarkan model Satria Neo R3 Clubsport pada tahun 2008.

Dibangunkan untuk digunakan dalam perlumbaan ‘one-make series’ di mana pembeli wajib menyertai perlumbaan tersebut, Neo Clubsport dibina dalam jumlah yang sangat terhad – 18 unit.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 44

Neo Clubsport menggunakan enjin Campro 1.6 bukan CPS kerana ianya lebih senang untuk diubahsuai. Dengan camshaft, ECU dan sistem ekzos yang baru, Neo Clubsport menghasilkan 137 PS.

Ia mungkin kedengaran agak sedikit, namun apa yang membezakan model Clubsport daripada R3 diatas ialah ia 109 kg lebih ringan dari Satria Neo standard. Ini sesuai dengan falsafah pengasas jenama Lotus, Colin Chapman yang mengatakan “Simplify, then add lightness.”

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 45
Imej dari G Car Care.

Selain daripada enjin yang telah ditala dan casis yang telah diringankan, Neo Clubsport ini datang dengan rollcage 6-poin dan sistem gantungan yang diperakui oleh pihak FIA (badan sukan permotoran dunia) untuk memastikan ia dapat digunakan di trek.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 46
Imej dari Carousell.

Pada bahagian eksterior pula, ia tidak datang dengan kit badan Neo CPS, namun ia datang dengan spoiler R3 bawah bampar hadapan dan spoiler bumbung R3 yang direka dengan sudut darjah lebih agresif bagi meningkatkan tahap cengkaman dan kestabilan ketika di trek.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 47
Imej dari Carousell.

Di dalam interior pula, semua karpet dan penebat bunyi telah dibuang dan tempat duduk pemandu digantikan dengan tempat duduk perlumbaan Recaro TS-G, berserta tali pinggang perlumbaan Sparco. Stereng depan asal telah digantikan dengan Momo Tuner lengkap dengan ‘bosskit’ dan ‘quick release’ R3.

Loading video

Dengan gabungan ini, Satria Neo R3 Clubsport mampu mencatatkan masa terpantas di Sepang di bawah 3 minit sahaja.

2. Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 48

Inilah kereta ‘complete tuned up car’ yang paling mahal dan sangatlah ekslusif yang pernah dikeluarkan oleh Proton R3. Dijual pada harga RM 115,000 dan terhad kepada 25 unit, ianya dua kali ganda lagi mahal dari Satria Neo CPS, tapi apa yang membuatkan ia dijual pada harga sebegitu?

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 49
Imej dari Adam Photography

Pertama sekali, enjin Campro 1.6 CPS ini telah ditala dan diubahsuai dengan ECU R3, ‘camshaft’ aloi boleh dilaras R3, ‘pulley underdrive’ aloi R3, manifold ekzos titanium R3, sistem ekzos R3 dan penapis udara K&N dengan ‘intake’ udara gentian karbon.

Dengan segala macam penambahan ini, Neo R3 Lotus Racing ini mengeluarkan 145 PS dan tork sebanyak 168 Nm (25 PS dan 18 Nm lebih dari asal).

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 50

0-100 km/j hanya mengambil masa 9.2 saat (Neo CPS 10.5 saat) sebelum mencapai tahap kelajuan maksima 200 km/h (Neo CPS 190 km/j).

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 51

Yang paling padu, Neo R3 Lotus Racing ini boleh naik sehingga 7,500 rpm dalam setiap gear, dan tiada lagi isu tork menurun yang selalu dikaitkan dengan enjin Campro.

Sistem suspensi Neo R3 Lotus Racing ini telah ditukar ke sistem boleh laras Öhlins DFV (Dual Flow Valve), yang datang dengan ‘bushing’ getah yang lebih kuat serta geometri yang telah ditala.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 52

Pada bahagian eksterior pula, bampar depan dan belakang serta spoiler bumbung telah digantikan dengan gentian FRP yang lebih ringan serta aerodinamik. Bonet depan juga telah digantikan dengan gentian karbon.

Selain itu, terdapat rim Advanti berukuran 16×7 dipadankan dengan tayar Bridgestone Adrenalin RE001 berukuran 205/45R16, dan jika anda lihat dengan lebih dekat anda akan nampak sistem brek 4 pot AP Racing di bahagian hadapan.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 53
Mak kau hijau…

Tema Lotus Racing Green bersambung di bahagian interior, dengan tempat duduk dan trim dibalut khas dengan kain kulit Nappa dengan efek karbon.

Tombol gear juga telah ditukar dengan bahan gentian aloi. Kesemua 25 unit datang dengan warna Lotus Racing Green dengan jalur kuning putih untuk melambangkan betapa istimewanya model ini.

Loading video

Tetapi ini bukanlah model ‘ultimate’, kerana…

1. Proton Artiga Concept

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 54

Membuat debutnya di Pameran Motor Shanghai 2011 dibawah jenama Youngman, Proton Artiga Concept direka sebagai kajian mengenai masa depan hot hatch untuk Proton, mengambil ilham dari penyertaan syarikat tempatan itu  dalam sukan permotoran, tetapi dibawa ke tahap yang baru.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 55
Macam ‘Rocket Bunny’, betul tak?

Jika korang rasa Proton Satria Neo R3 Lotus Racing dah cukup gempak – ini lagi padu! Bahagian eksteriornya sahaja sudah penuh dengan penggunaan gentian karbon di bonnet depan, skirting sisi, sayap belakang, ‘diffuser’ belakang, dan juga lip depan.

Kereta ini mempunyai proses stamping yang dipatenkan untuk menghasilkan bahagian serat karbon secara besar-besaran, yang membantu mengurangkan kos barang dengan ketara.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 56

Kami suka benar ‘arch fender’ Artiga ini yang amat unik dan garang, ala Rocket Bunny dah. Selain kit badan yang nampak agresif, Artiga juga dilengkapi dengan ekzos tip berkembar tengah, lampu depan baru, dan juga rim dari O.Z. Racing berukuran 17 inci.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 57
Imej dari Autoarkiv.

Rupa dah macho, bagaimana pula dengan enjinnya? Tak mainlah aspirasi natural, kerana Artiga ini menggunakan sistem paksaan supercharger bagi meningkatkan kuasa enjin ke 182 PS dan 240 Nm.

Dengan kuasa sebegini dan juga badan yang ringan, Artiga dapat memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.6 saat.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 58
Penutup minyak pun Sparco beb. Imej dari IcemanBen.

Lebih unik untuk Artiga ini ialah sistem suspensi Cusco Zero-3G, produk hasil kerjasama Proton dengan Cusco semasa penyertaan mereka di rali Jepun. Sistem brek Endless 4 pot digunakan untuk membolehkan hatchback cilik ini berhenti dengan cepat.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 59
Pandu kiri beb! Imej dari G Car Care.

Beralih ke interior pula, Proton telah menukar pelbagai panel di dalam dengan gentian karbon, seperti stereng, papan pemuka, konsol gear, dan trim pintu. Tombol gear dan pedal telah digantikan dengan aluminium.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 60
Merah menyala. Imej dari IcemanBen.

Bukan itu sahaja, trim dalaman menggunakan kemasan ala kereta lumba dengan fabrik dan jahitan berwarna merah.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 61
Banyak betul gentian karbon. Imej dari IcemanBen.

Disebabkan Artiga ini amat berkuasa, Proton juga telah menaik taraf tali pinggang keledar OMP 4 poin yang selalu digunakan untuk tujuan perlumbaan.

Loading video

Konklusi

Dari senarai kami ini, anda boleh lihat yang Proton bereksperimentasi dengan model Satria dan Satria Neo ini dengan lebih mendalam berbanding model lain pada ketika itu. Apa sahaja yang mereka tak cuba: supercharger, turbocharger, kit badan, gentian karbon, sehinggalah penggunaan barang ‘aftermarket’ dan ‘custom’.

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 63

Model Satria Neo sudah tidak lagi dijual sejak tahun 2015, tetapi sama seperti model Proton Wira, ia masih mengekalkan populariti yang tinggi terutamanya pada golongan muda.

Kami yakin jika Proton mengeluarkan model Satria baru dengan enjin turbo dari barisan Geely (enjin Proton X50 3 silinder 1.5 turbo ngam dah tu) serta transmisi 6 kelajuan manual, ‘confirm’ laku keras!

Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik! 64

Mana satukah Satria atau/dan Satria Neo kegemaran anda dalam senarai ini? Adakah anda mahu Proton mengeluarkan Satria yang baru?

Loading video

CREDIT : wapcar.my