Usah pandang remeh perlaksanaan SOP untuk kekang penularan Co19

10/08/2021 9:31 AM 0 By Miss Kay

Oleh Ibrahim Salleh

CAMERON HIGHLANDS: Perlaksanaan pelbagai SOP dan perintah kawalan pergerakan untuk mengekang penularan pendemik Co 19 tidak boleh di
pandang remeh malah perlu dipatuhi .

Pengarah Keselamatan Negeri Pahang Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata walaupun ada permohonan oleh kerajaan negeri agar sektor pelancongan kembali beroperasi seperti sebelumnya, namun banyak aspek yang perlu di beri perhatian dan ditelitikan sebelum ianya di benarkan.

Beliau berkata kalau kebenaran untuk beroperasi itu di berikan di harapkan ianya tidak menjejaskan
usaha pengekangan pandemik co19 daripada terus menular.

Mohd Zairasyahli Shah berkata kerajaan tidak menafikan akan keutamaan sektor ini kembali dibuka kerana ianya penting untuk perkembangan ekonomi setempat dan negeri.

“Kita faham betapa ramainya penggiat industri ini terjejas pendapatan dan menghadapi masalah kewangan yang runcing.

“Begitu juga hilangnya pendapatan atau hasil ekonomi kepada negeri dan negara akibat daripada penutupan industri ini sejak mulanya wabak ini.

“Namun, kita utamakan keselamatan awam dalam perkara kesihatan dan apa yang kita mahukan dan elakkan adalah apabila industri ini beroperasi, ia tidak menjadi penyebab kepada penularan dan jangkitan,” Mohd Zairisyahli berkata selepas menghadiri mesyuarat bersama agensi pelancongan dan pejabat daerah Cameron Highlands.

Mesyuarat di pengerusikan oleh pegawai daerah Cameron Highlands Dato Ishak Md Napis
dengan turut di hadiri oleh Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (amerika/eropah/Oceania) Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abdul Ghaffar, Pengarah Kanan Domestik dan Acara Pelancongan Malaysia Iskandar Mirza, Ketua Unit Co19 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) Zakaria Mohd Nani, pengurus besar Pelancongan Pahang Kamaruddin
Ibrahim, pegawai tadbir MOTAC Pahang, Rozli Abd Rani, dan pegawai di Pelancongan Malaysia cawangan Pahang Rugayah Mohamad dan Fauziah Elias.

Mohd Zairasyahli Shah berkata, antara ketetapan kerajaan adalah kesemua penduduk
tempatan dan penggiat industri pelancongan di satu satu kawasan pelancongan itu perlulah sudah lengkap dengan imuniti berkelompok nya .

“Dalam masa yang pihak pelancong yang akan memasuki kawasan pelancongan juga perlu lengkap dengan suntilam vaksinasi masing masing.

Beliau berkata, MKN telah pun memastikan penduduk dan penggiat industri ini di Bukit Fraser, Pulau Tioman, Taman Negara telah menerima suntikan vaksin dalam
program imuniti berkelopmok ini maka ketiga tiga tempat ini di jangka boleh beroperasi tidak lama lagi namun kebenaran itu masih bergantung pada kelulusan di peringkat persekutuan.

“Syarat dan keperluan juga di perlukan untuk di patuhi, seperti had jumlah kehadiran pelancong di satu satu masa dan di satu satu tempat, ” katanya

Sementara itu, Dr Ammar berkata, secara kasarnya, negara telah kehilangan anggaran RM45 billion daripada industri ini sejak Mac 2020.

Dr Ammar berkata bagaimanapun Pelancongan Malaysia masih mengekal kan hubungan baik dengan negara luar dalam bidang pelancongan dan masih menyertai program- program berkenaan industri ini di peringkat antarabangsa.

 “Kita masih mengekalkan nama Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan di peringkat dunia luar dan kita perlu bersedia untuk menerima kedatangan pelancong dari dalam atau luar negara seandainya kita membuka pintu pelancongan dalam konsep
” travel bubble” (gelembong pelancongan) nanti.

Dalam perkara yang sama, Kamaruddin berkata pihak Pelancongan Pahang akan terus memberi sokongan dan membantu pemain industri ini yang terjejas akibat penutupankawasan pelancongan di negeri ini.

 Beliau berkata jumlah pelancong ke Pahang merosot kira kira 79 peratus dalam tahun
2020 dan sehingga bulan Mac 2021, peratusannya bertambah hingga ke 92 peratus.

Sementara ,itu pegawai daerah Cameron Highlands, Ishak berkata, penduduk tempatan, walaupun sektor ini penting kepada mereka mengharapkan agar kawasan ini terpelihara dari gejala penuluran pendemik ini dan mereka memberi kerjasama penuh dalam program imunisasi berkelompok yang menyebabkan proses program ini