[ VIDEO ] Penunggang motosikal maut badan terputus dua

[ VIDEO ] Penunggang motosikal maut badan terputus dua

25/05/2021 2:23 AM Off By staff

BERA – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 34 Jalan Temerloh-Bahau di sini semalam.

Dalam kejadian itu menyaksikan mangsa See Ben Kooi, 63, meninggal dunia di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan parah selepas badannya terputus dua.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mansor Shamsudin berkata, kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bahau ke Triang.

“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta.

“Akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus dan semasa kejadian jalan kering dan tidak hujan. – K! ONLINE

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

24 Mei 2021, 1:07 pm

Video/gambar: Media sosial